Sunday, September 19, 2010

Kes Buli

     
   Menurut kajian,kes buli menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya . Buli boleh dijelaskan dengan tingkah laku yang suka menyerang atau suka berkelahi sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa. Selain itu, buli juga bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan mereka supaya orang yang lemah mematuhi atau menghormati mereka. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.
    Buli biasanya membabitkan dua pihak iaitu orang yang membuli dan orang yang menjadi mangsa buli. Kebanyakan pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas , bertubuh besar , tegap dan tinggi , melibatkan sekumpulan pelajar yang biasanya usia mereka adalah sebaya , manakala orang yang menjadi mangsa buli adalah pelajar-pelajar menengah rendah serta pelajar sekolah rendah yang bertubuh kecil , pelajar baru masuk ke sekolah tersebut , pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran pembuli.
     Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembulian di kalangan para pelajar khususnya golongan remaja ialah mereka ingin mendapatkan perhatian orang lain serta menunjukkan kekuatannya kepada orang lain dengan tujuan ingin mahu disanjung oleh rakan . Ada sesetengah pembuli menganggap perbuatan buli orang lain sebagai hobi dengan sekadar mahu berseronok untuk menghilangkan perasaan bosannya . Tambahan pula, adanya pembuli menjadikan mangsa sebagai alat menempiaskan perasaan benci , dendam , marah selain membalas dendam .
     Selain itu , ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kepada anak mereka juga akan menyebabkan berlakunya kes buli . Contohnya , ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka . Justeru , ibu bapa kekurangan masa untuk menemani anak-anak mereka dan tidak mengambil berat tentang pendidikan agama . Lama-kelamaan ,ini akan mengakibatkan anak mereka melahirkan sikap gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan .

     Langkah-langkah untuk mengatasi kes-kes buli dengan berkesan perlulah ada berkerjasama daripada beberapa pihak seperti ibu bapa , pihak sekolah , dan pihak kerajaan . Ibu bapa perlu meluangkan masa mereka untuk menemani anak mereka dan perlu mengetahui kegiatan aktiviti yang dilakukan oleh anaknya serta selalu berinteraksi dengan mereka supaya mereka tidak berasa kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa . Selain itu , ibu bapa perlu sentiasa mendidikan pengajaran agama kepada anak mereka dari semasa ke semasa supaya anak tidak akan melupakan ajaran agama dan latar belakang agama .
     Seterusnya , pihak sekolah juga boleh mengadakan satu Kelab Pencegahan Jenayah untuk menggalakkan para pelajar sertai . Para pelajar boleh memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar boleh menyebarkan pengetahuannya dengan rakan-rakannya . Bagi pelajar yang tidak menyertai Kelab Pencegahan Jenayah, para guru boleh menyebarkan info kepada pelajar pada waktu pembelajaran . Selain itu, pihak sekolah juga hendak menegaskan peraturan-peraturan sekolah dan sekiranya berlaku kes buli , tindakan yang tegas perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
     Tambahan pula, pihak kerajaan boleh berkerjasama dengan pihak sekolah untuk  menganjurkan ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli . Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.
     Kesimpulannya , kes buli perlu ditangani dengan segera demi ketenteraman para pelajar dan menjaga imej institusi pendidikan . Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera , ia akan menjejaskan imej sekolah dan pelajar berasa ketakutan untuk pergi ke sekolah . Oleh itu , kerjasama antara pihak ibu bapa , pihak sekolah dan pihak kerajaan untuk mengatasi kes buli amat penting .



DISEDIAKAN OLEH : GAN POH YEN
NO MATRIK: 206671 

Keganasan Rumah Tangga


Kebelakangan ini, berita keganasan rumah tangga sering kita mendengar dan membaca melalui akhbar. Keganasan rumah tangga dilakukan ke atas seseorang individu oleh ahli keluarga sendiri.Keganasan termasuklah menampar,menendang, mencekik,menghantuk,kepala individu ke dinding, mengadakan hubungan seks secara paksa atau menyebabkan seseorang individu hilang diri, berasa bodoh,dan merasa tidak berguna.

       Kebiasanya mangsa keganasan rumah tangga terdiri daripada suami, isteri, anak-anak, ibu bapa, dan ahli keluarga yang tinggal serumah.Terdapat banyak pihak mudah terjebat dalam kes keganasan.Antaranya adalah pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda,penagih dadah, pemabuhk,kaki judi, pasangan yang kuat cemburu,pasangan yang menghadapi masalah kewangan dan lain-lain.

       Keganasan-keganasan ini majoritinya kaum wanita atau kanak-kanak yang didera, samada penderaan mental,ataupun fizikal.Walaubagaimanapun, kaum lelaki tidak terkecuali dari didera oleh kaum wanita, tetapi itulah adalah kes terpencil.Mengapakah lelaki-lelaki sering menjadi pendera dan kaum wanita adalah mangsa? Ini disebabkan lelaki merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak sedemikian serta berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih penting berbanding dengan kaum wanita.Selain itu, kaum lelaki ingin menunjukkan kedudukan yang lebih tinggi daripada wanita.Oleh itu, apabila isteri atau anak-anak tidak mendengar atau mematuhi kata mereka dengan akibatnya kaum wanita atau kanak-kanak akan menjadi mangsa keganasan.Di samping itu, kaum lelaki suka meluahkan sikap agresif mereka.

       Mangsa dalam keganasan rumah tangga biasanya tidak berani meluahkan perasaan dan keadaan mereka kepada orang lain.Walaubagaimanapun, kita mendapati mangsa-mangsa mempunyai banyak tanda yang sama.Tanda-tanda ini termasuklah lebam, mempunyai luka atau bengkak di badan dan memberi alasan disebabkan “kemalangan”.Selain itu,mangsa-mangsa kerap datang lambat,kemurungan, kerap menangis,kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja,menyisihkan diri dan takut terhadap pasangan.Tumpuan dan prestasi kerja mangsa-mangsa juga akan merosot.

       Kitaran keganasan merupakan proses berlaku keganasan.Kitaran ini mengandungi enam peringkat.Peringkat pertama adalah peringkat pembangunan.Peringkat ini bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan si suami dengan pelbagai tindakan,manakala si suami akan berasa tekanan.Seterusnya adalah peringkat pemerhatian.Si suami akan menjadi ancaman atau domain pada peringkat ini.Peringkat ketiga adalah keganasan.Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan si suami tidak dapat mengawal kemarahannya.Si isterinya pula tidak akan melawan, sebaliknya mereka akan memendam rasa dan menangis.Keadaan ini akan menyebabkan si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.Peringkat penyelesaian merupakan peringkat keempat.Si suami tersebut akan meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan lagi di peringkat ini.Seterusnya mengikut dengan peringkat berusaha.Si suami akan berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah di peringkat ini.Seterusnya,peringkat kelima ialah peringkat bulan madu.Di peringkat ini,keadaan adalah tenang dan juga penuh kasih sayang.Si suami akan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan luar biasa.Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada si isteri bahawa si suami akan berubah dan cuba maafkan si suami.Akhirnya peringkat akan berulang balik ke peringkat pembangun.
        Keganasan rumah tangga berlaku biasanya berpunca dari masalah komunikasi, dendam,cemburu,panas baran, tekanan hidup, kecetakan pengetahuan agama, personaliti pendera,personaliti mangsa,kemiskinan,tekanan hidup dan lain-lain.

       Keganasan rumah tangga telah memberi banyak kesan negatif terhadap pelbagai pihak.Kes-kes ini akan menyebabkan perpecahan keluarga. Anak-anak dalam sesebuah keluarga menjadi mangsa.Biasanya anak-anak ini akan kehilangan kasih sayang daripada ibu atau bapa, ini menyebabkan anak-anak murang,kurang keyakinan diri, dan akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti bunuh diri. Selain itu, mereka juga ada kemungkinan meluahkan perasaan mereka dengan membuli orang, mempukul orang, menagih dadah,berjudi,dan sebagainya.Secara tidak langsung, kes jenayah di negara kita akan meningkat

Apabila berlaku keganasan rumah tangga, mangsa-mangsa tidak perlu berasa takut, terdapat banyak tindakan yang boleh dijalankan. Jika mangsa menghadapi keganasan yang tidak serius, mereka boleh mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga dan cuba berbincang dengan pasangannya.Selain itu, mereka boleh dapat bantuan daripada orang ketiga dalam kalangan keluarga seperti ibu bapa. Mangsa-mangsa juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW unit kaunselling) atau Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Jika keganasan tidak dikurangkan selepas mangsa-mangsa melakukan usaha-usaha dan sebaliknya menjadi lebih serius, mereka haruslah melakukan tindakan-tindakan untuk menyelamatkan diri. Apabila mangsa-mangsa berlaku kecerderaan, mereka boleh mendapat bantuan rawatan perubatan di Jabatan Kecermasan dan Kemalangan hospital kerajaan yang berhampiran dan dapatkan nombor laporan perubatan. Selepas itu, boleh melaporkan kes keganasan di balai polis dan mendapatkan nombor laporan polis.Seterusnya mangsa-mangsa harus membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah Pelindungan Interim (IPO). IPO akan berkuatkuasa untuk melindungi mangsa-mangsa.Jika mangsa terus menghadapi keganasan setelah IPO dikeluarkan, mangsa boleh melaporkan polis dan polis berkuatkuasa untuk menangkap pesalah yang melanggar perintah IPO. Jika mangsa-mangsa tidak ada idea atau tak tahu cara untuk memohon IPO atau hendak mendapat bantuan, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada pelbagai organisasi-organisasi kerajaan atau bukan kerajaan. Conthnya, Jabatan Pembangunan Wanita,Pusat Kesedaran Wanita,Women’s Aid Organisation, Pertubuhan Pertolongan Wanita dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah keganasan rumah tangga supaya melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni.Akhirnya, saya berharap semua mangsa tidak berdiam diri dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan orang lain. Orang-orang lain tidak boleh membantu anda jika anda diamkan diri, hanya anda boleh menyelamatkan diri-sendiri.



Kata-kata yang ingin berkongsi dengan mangsa-mangsa.
Anda mestilah hentiankan keganasan rumah tangga, sayangilah diri sendiri, setiap orang-berhak mendapat dan memilika kehidupan yang berbahagia. Sedarlah diri semua mangsa-mangsa.



DI SEDIAKAN OLEH: NG YEN TI
NO MATRIK: 206666