Sunday, September 19, 2010

Penyalaggunaan Dadah

Pada abad ke-21 ini, seluruh dunia telah mengalami perubahan yang besar tanpa mengira dalam apa-apa jua bidang. Perubahan ini telah mendatangkan kesan-kesan kepada sosial. Penyalahangunaan dadah merupakan salah satu gejala sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat pada hari kini. Penyalahgunaan dadah atau lebih sesuai diterangkan pada masa kini ialah penyalahgunaan bahan-bahan seperti alkohol, tembakau, ganja dan sebagainya. Perkataan bahan lebih sesuai digunakan berbanding dadah kerana dadah lebih merujuk kepada bahan kimia pembuatan. Sebarang pengunaan bahan kimia yang tidak disahkan oleh pakar atau pihak tertentu boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dadah. Selain daripada itu, penyalahgunaan dadah juga ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak bermanfaat dan tidak diterima oleh masyarakat umum. Penyalahangunaan dadah dapat dikesan melalui ciri-ciri seperti pening kepala, keresahan, penurunan prestasi kerja, insomnia, gangguan emosi dan lain-lain lagi.

 contoh-contoh dadah
Dengan melalui saluran tertentu seperti surat khabar, mail elektronik, kita dapat menyedari bahawa isu ini kian dipandang serius oleh masyarakat dan sosial. Perkara ini secara tidak sengaja telah mendatangkan pelbagai masalah kepada negara terutamanya masalah sosial. Terdapat banyak punca yang mengakibatkan berlakunya penyalahgunaan dadah. Dipengaruhi oleh orang lain seperti kawan merupakan salah satu faktor daripadanya. Remaja terutamanya mudah terikut-ikut dengan kata atau arahan kawan-kawan tanpa menyedari kesan buruknya. Mereka yang masih naif,  ingin mengenali lebih banyak budaya baru dan sikap ingin memcuba menyebabkan mereka  tidak dapat membezakan antara gejala yang positif atau negatif. Selain daripada itu, kekurangan kasih sayang dan pengetahuan mahupun pendidikan juga akan menyebabkan seseorang menyalahgunakan dadah. Keluarga yang asyik bertengkar, berpecah-belah mudah menyebabkan remaja terjebak dengan dadah kerana kekurangan ambil berat daripada ahli keluarga. Mereka lebih mudah mempercayai individu lain yang sentiasa bersama daripada ibu bapa walaupun individu tersebut tidak mempunyai niat yang baik. Ibu bapa yang gagal memainkan peranan menyebabkan anak-anaknya kurang memiliki pengetahuan tentang dadah dan tahap kebahayaannya. Bagi mereka yang kurang kepercayaan terhadap agama mudah mengabaikan pegangan hidup dan melanggari pantang larang tertentu.


Penyalahgunaan dadah telah membawa impak-impak kepada sosial contohnya keselamatan dan keamanan masyarakat terjejas. Kes pencurian dan pembunuhan oleh penagih dadah semakin mencatat peningkatan. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk memperolehi sumber kewangan untuk membeli dadah apabila diserang ketagihan dadah tanpa mempedulikan kesan yang akan berlaku selepas ini. Ketenteraman negara akan dijejas dan secara tidak lansung juga akan mempengaruhikan reputasi sesebuah negara, seterusnya membawa masalah kepada sektor politik dan ekonomi. Selain itu, penyalahgunaan juga akan membawa kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Pengunaan dadah secara salah dan berpanjangan akan menyebabkan kerosakan organ dalaman tubuh badan. Perkongsian jarum suntikan juga akan merebakkan penyakit seperti HIV yang tidak mempunyai ubatan untuk memyemburi. Pengunaan dadah yang berlebihan akan membahayakan nyawa dan sekiranya serius akan menyebabkan kematian. Perkembangan dan pemikiran seseorang juga mudah terjejas sekiranya mengambil dadah tanpa berpengetahuan.
     mengadakan pameran tentang dadah di sekolah-sekolah

Dengan kewujudan impak-impak tersebut, pelbagai langkah harus diambil untuk mengatsinya. Salah satu daripada caranya ialah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan boleh menguatkuasakan lagi undang-undang yang sedia ada. Dendaan dalam bentuk kewangan dan penjara harus ditambah atapun dilanjutkan untuk mencapai keberkesanan pencegahan. Operasi terkejut harus sentiasa dijalankan untuk mengurangkan bilangan penagih dadah dan penjualan dadah secara haram. Kerajaan harus memainkan sepenuhnya peranan mereka untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan. Pihak swasta ataupun badan-badan amal juga boleh mengadakan kempen atau ceramah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah untuk menerangkan punca, kesan dan langkah pencegahan kepada masyarakat untuk meningkatkan waspada mereka. Selain itu, mereka juga boleh memberi penjagaan atau bantuan perubatan, kauselling kepada penagih dadah untuk mengubati ketagihan dadah mereka.



Kesimpulannya, penyalahgunaan dadah merupakan satu masalah yang serius bagi sesebuah negara. Pelbagai pihak harus bekerjasama dan berusaha memainkan peranan masing-masing untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan kesan dan berjaya. Selain itu, kejayaan ini juga penting dan akan membawa kelebihan dan keuntungan kepada negara mahupun masyarakat pada masa akan datang. 



DISEDIAKAN OLEH: LIM HAN WEI
NO.MATRIK: 206662

Pendatang Asing Tanpa Izin

Pembangunan yang semakin pesat di negara kita terutamanya dalam sektor pembinaan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk menjayakan pelbagai projek perumahan. Namun, bilangan tenaga kerja masih tidak mencukupi jika hanya bergantung pada pekerja di negara kita. Oleh itu, buruh asing amat diperlukan untuk memastikan projek raksasa dijalankan dengan lancar. Lantas, banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara kita. Perkataan PATI merujuk kepada seseorang yang masuk ke negara ini tanpa permit yang sah, mereka datang melalui cara yang sah pada asalnya tetapi apabila mereka dalam keadaan terdesak seperti sukar mendapat permit kerja, maka mereka memilih masuk ke negara lain secara haram. Terdapat pelbagai kesan ekoran daripada kedatangan PATI dan kehadiran mereka perlu diawasi dan dibendung demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara kita.
 jumlah pendatang asing yang berada di M’sia

Kedatangan PATI akan menimbulkan banyak masalah sosial kepada masyarakat. Kebanyakan PATI khususnya golongan wanita akan melibatkan diri dalam kegiatan pelacuran untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan keruntuhan akhlak malah turut menyebabkan penyakit seksual berleluasa. Di samping itu, PATI juga meningkatkan kadar jenayah. Kebanyakan mereka terlibat diri dalam pencurian, penyeludupan dadah dan perompakan. Malahan sesetengah daripada mereka merupakan penjenayah yang melarikan diri ke negara kita untuk mengelak daripada serbuan polis, tetapi mereka terus melakukan jenayah di sini. Mereka bukan sahaja merompak harta benda rakyat tempatan, malah turut meragut nyawa yang tidak berdosa. Perbuatan mereka telah mencetus kebimbangan dalam kalangan rakyat dan tindakan tegas perlu diambil untuk menjamin keselamatan rakyat kita.

 Selain itu, kebanjiran kedatangan PATI secara besar-besaran juga menutup peluang pekerjaan tempatan. Kebanyakan majikan terutamanya dalam sektor pembuatan dan pembinaan lebih menjurus kepada pengambilan pekerja asing disebabkan bayaran gaji lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerja tempatan. Lagipun pekerja asing lebih sanggup dan rela membuat kerja yang memenatkan, ini dapat dibuktikan dalam sektor pembinaan yang dimonopoli oleh buruh asing. Tidak dapat dinafikan dalam keadaan sedemikian, peluang pekerjaan rakyat kita akan terjejas. Pekerja tempatan terpaksa bersaing dengan PATI yang sanggup menerima upah yang murah. Dengan itu, kadar pengangguran negara kita meningkat disebabkan kebanyakan peluang pekerjaan telah digantikan oleh pekerja asing yang lebih menguntungkan majikan.

Kedatangan pendatang asing juga menyebabkan meningkatnya pembinaan rumah setinggan.
Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram di sempadan bandar. Kawasan perumahan sedemikian tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Justeru, banyak masalah pencemaran timbul akibat daripada ketidaksempurnaan sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Penyakit juga mudah dijangkiti dalam kawasan setinggan yang sempit dan kotor. Imej negara kita turut terjejas disebabkan landskap rumah-rumah setinggan yang tidak teratur. Keadaan ini menggambarkan negara kita masih dalam situasi mundur dan lemah dari segi pengagihan ekonomi dan pentadbiran kerajaan.

     Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan kehadiran PATI dan cara yang paling efektif adalah melalui penguatkuasaan undang-undang. Pihak berkuasa perlu sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan PATI, tidak dinafikan orang pengantaraan ini telah menerima rasuah yang diberikan oleh PATI. Mereka yang didapati bersalah patut dijatuhi hukuman yang berat dan PATI yang diberkas perlu dihantar balik ke negara asal dengan serta-merta. Tindakan undang-undang yang tegas juga wajar dikenakan ke atas PATI supaya mereka tidak cenderung untuk kembali semula ke negara ini. Dengan itu, jumlah PATI dapat dikurangkan disebabkan ketiadaan bantuan orang perantaraan.

Pengawasan kawasan sempadan juga perlu diperketatkan untuk mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing terutamanya dalam kawasan perairan di mana situlah jalan utama kemasukan pendatang asing. Pelbagai pihak seperti polis marin, pihak imigresen dan tentera laut hendaklah berganding bahu dan bertindak secara bersepadu. Pihak berkuasa perlu giat meronda dan mengesan ke atas tempat-tempat kemasukan PATI. Pihak berkenaan turut perlu sentiasa berusaha dalam cara untuk mencegah penyusupan PATI. Rakyat tempatan juga diserukan melaporkan sebarang maklumat tentang kedatangan pendatang asing dan kegiatan yang mereka terlibat. Operasi mengurangkan kehadiran PATI akan berkesan dengan kerjasama semua pihak.

Kesimpulannya, negara kita memerlukan tenaga asing untuk memajukan negara kita demi mencapai wawasan 2020 sebagai negara maju. Namun, tenaga-tenaga asing ini perlu memiliki visa dan permit kerja yang sah. Jika kedatangan pendatang asing tidak dikawalkan, pastinya akan membawa kesan negatif kepada masyarakat. Jadi, semua pihak perlu bersatu padu dalam isu menangani masalah pendatang asing tanpa izin.


DISEDIAKAN OLEH: LEE SHU TING
NO MATRIK: 206654

Pembuangan Bayi

PUNCA-PUNCA KEJADIAN PEMBUANGAN BAYI

Malaysia merupakan sebuah negara yang menuju ke arah alaf baru berlandaskan sains dan teknologi. Namun begitu, masalah sosial di negara ini semakin berleluasa. Sejak kebelakangan ini, terdapat laporan pembuangan bayi di tepi longkang, di dalam tandas dan lain-lain tempat. Mereka sanggup melakukan perbuatan kejam itu untuk menyembunyikan kesalahan yang dilakukan dan berharap dapat menjalani kehidupan baru.Sehubungan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mercoakkan  sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk mengambil tahu serta cuba membanterasnya demi mewujudkan masyarakat yang bersifat penyayang.
Punca utama memang melibatkan pengaruh budaya asing liar. Akibat kemajuan media massa dan kecanggihan telekomunikasi, rakyat kita terdedah kepada pengaruh dunia luar. Antaranya termasuklah mengadakan hubungan seks rambn, homoseksual, berkesedudukan tanpa nikah dan sebagainya. Akibatnya mereka yang tiada pegangan agama yang kental mudah terhanyut dalam arus kedurjanaan. Kes-kes hamil luar nikah akan berlaku. Demi nama baik keluarga dan kepentingan diri sendiri, ada yang terpaksa membuang anak. Selain itu, mereka juga akan mencari klinik-klinik yang berdekatan untuk menggugurkan anak mereka yang masih di dalam kandungan.
Keruntuhan institusi kekeluargaan juga mencetuskan masalah sosial ini. Keluarga yang kucar-kacir, mengabaikan anak, tiada didikan agama yang secukupnya, serta ibu bapa yang bersikap materialistik dan individualistik akan menyebabkan anak mereka kehilangan pedoman hidup. Ibu bapa senantiasa menganggapkan dengan memberi wang yang secukupnya kepada anak mereka bererti menjalankan peranan sebagai ibu bapa yang memberi kasih sayang. Natijahnya, anak-anak mereka akan bosan dan kesepian di rumah. Ini mendorong mereka mencari teman di luar untuk mengubati kekosongan jiwa mereka. Kegagalan mengawal nafsu menyebabkan kemungkinan anak luar nikah dilahirkan. Dalam kebuntuan,pasangan yang berkenaan mungkin tergamak membuang bayi mereka.
Perubahan sosial yang drastik dan kurangnya kawalan sosial turut memburukkan keadaan. Kini para remaja yang bekerja di luar hidup bebas tanpa kawalan. Ini termasuklah kaum wanita yang menyewa bilik di kota-kota besar. Mereka bebas bertindak di luar, bercinta dan mencari pasangan hidup. Masyarakat seolah-olah menerima hakikat ini tanpa bantahan. Jadi apa-apa sahaja boleh termasuklah hubungan seks. Apabila anak luar nikah dilahirkan, bayi yang tidak berdosa mungkin dibuang atau digugurkan demi menutup keterlanjuran mereka.

Suami dan teman lelaki yang tidak bertanggungjwab juga menyebabkan kes ini berlaku. Biasanya lelaki yang tidak bertanggungjawab akan berlepas tangan apabila teman wanita atau isterinya hamil. Mereka hanya mengambil kesempatan memenuhi nafsu. Wanita yang menjadi mangsa akhirnya akan ditinggalkan lelaki. Rasa benci kepada lelaki yang tidak berhati perut terbawa-bawa kepada anaknya. Jadi ibu berkenaan mungkin sanggup menggugurkan mahupun membunuh anaknya.
Penguatkuasaan undang-undang yang longgar juga gagal menyekat kegiatan maksiat. Setakat ini hanya wujud enakmen pentadbiran undang-undang Islam yang membendung gejala khalwat dan zina. Bagi rakyat bukan Muslim, langsung tiada undang-undang yang menyekat pasangan berkesedudukan atau berkhalwat. Natijahnya, kegiatan maksiat sukar untuk dibendung. Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dilaksanakan oleh pesalah.
 Selain itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Sesetengah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak dan sebagainya. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi.
Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit social ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.


Disediakan oleh : Komalah Rajah
No.matrik: 206653

HIV / AIDS

Sering sekali HIV/AIDS  tertulis dan disebut sebagai satu istilah. Namun demikian,HIV dan AIDS mempunyai ertinya yang berbeza.

                      Analisis bilangan penyakit HIV
 HIV merupakan singkatan dari Human Immunodeficiency Virus. Virus ini merupakan virus  yang dapat menyebabkan AIDS. Jika anda terinteraksi HIV, anda akan dipanggil HIV positif. Ini bererti virus HIV  telah masuk ke dalam aliran darah anda dan memusnahkan ketahanan badan anda dan seterusnya menyebabkan AIDS. Sampai saat ini, belum ada ubat yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS. Oleh itu, virus ini akan terus berada dalam tubuh anda. Ini menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.
HIV T-cells

 AIDS merupakan singkatan dari Acquired Immune Deficiency Synrome. AIDS jarang sekali terdiri dari satu penyakit sahaja tetapi terdiri dari sebuah kumpulan atau kombinasi berbagai macam penyakit yang muncul kerana tubuh badan tidak dapat melawan penyakit lagi seperti dahulu. Pada saat darah terinteraksi virus HIV, maka mempengaruhi sistem ketahanan tubuh diserang dan dirusuk dengan perlahan sehingga sistem ketahanan tubuh tidak dapat melawan infeksi and penyakit biasa lagi. AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.Hanya seseorang HIV positif yang didiagnose dengan satu atau lebih penyakit dapat dikatakan menderita AIDS.
simbol HIV dunia
 Virus HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. HIV boleh merebak melalui beberapa situasi. Situasi pertama, virus itu akan merebak melalui hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijankiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut). Situasi kedua, penagih berkongsi jarum dan alat suntikan. Virus itu merebak melalui darah orang yang telah terkena HIV itu sekiranya perkongsian jarum bersama. Situasi ketiga, pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan virus HIV. Pesakit menerima pemindahan itu tanpa disedari. Situasi keempat, ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan bayi atau sewaktu menyusu.

 Bagaimanakah HIV tidak dapat merebak? Sebenarnya virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan di luar badan manusia. Oleh itu, HIV tidak dapat dijangkiti melalui beberapa keadaan. Keadaan sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS tidak akan dijangkiti HIV. Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam juga tidak akan dijangkiti HIV . Seseorang pesakit HIV berkongsi perkakas atau makanan dengan orang lain tidak dapat dijangkiti juga. Sama juga dengan keadaan bersin, batuk, berpeluh dan kencing. Akhir sekali, gigitan nyamuk tidak akan merebakkan virus HIV daripada pesakit HIV.
 Tanda-tanda jangkitan HIV bagi sebilangan pesakit dapat dilihat dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV ialah deman, sakit tekak dan batuk, sakit otot, sakit kepala, cirit-birit, letih, sakit sendi dan turun berat badan. Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda HIV tetapi ia masih boleh merebak dan dijangkiti orang lain dalam situasi tertentu.
 Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun. Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut: penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan ,cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering , jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis) , jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan) , kanser (contohnya Kaposi's sarcoma)
Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat
badan dan lemah.
Terdapat cara-cara untuk menguji sama ada dijangkiti HIV/AIDS, antaranya ialah:                                                                                                                                                            Pengujian dapat dilakukan dengan mengunakan sampel darah, air liur atau air kencing. Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 10 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan. ,Pengujian CD4 adalah mengukur jumlah dari CD4 atau sel T–helper didalam darah.
            Kekuatan dari sistem kekebalan anda adalah merupakan suatu prediksi yang baik
            tentang bagaimana anda akan memerangi infeksi. ,Pengujian viral load adalah mengukur jumlah dari HIV didalam darah dalam setiap ml darah. Semakin tinggi viral load maka semakin cepat pula perkembangannya ke AIDS.
 Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS? Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.
 Kebanyakkan pesakit HIV tidak memerlukan rawatan di peringkat awal tetapi rawatan penyakit masih boleh diberikan kepada pesakit yang menunjukkan tanda-tanda AIDS,  bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml, bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml, dan sebagainya. Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk: ,pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection) ,nasihat mengenai pemakanan berkhasiat ,rawatan penyakit kelamin , kaunseling ( perubatan dan psikologi)


 Pencegahan dalam individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV. Pencegahan dapat dibuat sekiranya pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah: jauhi diri,jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks , setia kepada pasangan anda , amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom , gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang , jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan , pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.


 Kesimpulannya, kita harus bekerjasama mencegah penyakit HIV/AIDS supaya masyarakat terkini dapat hidup dengan sihat dan aman. Generasi yang akan datang merupakan harapan pemimpin Negara yang berwawasan dan berdaya maju. Oleh itu,kita harus sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kesedaran terhadap penyakit ini supaya tidak mudah dijankiti. Nyawa kita tidak dapat diganti atau dibeli. Jadi, hargailah nyawa kita pada setiap saat kita hidup dalam dunia ini.


DISEDIAKAN OLEH: WONG JEAN YEE
NO. MATRIK: 206652

Pengkid


Sebab-sebab Berlakunya Masalah Pengkid
Pengkid adalah bahasa slanga di Negara kita Malaysia yang membawa makna seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki dengan berambut pendek, agak kasar kelakuannya. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka adalah kumpulan wanita yang ingin menjadi lelaki, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu hanya kerana memikirkan mereka adalah wanita. Mereka mengenepikan segala ciri-ciri kewanitaan dan sanggup mengikat payu dara mereka agar badan mereka kelihatan leper seperti lelaki yang tulen. Apakah punca berlakunya masalah ini sehingga mereka sanggup menghadapi sebarang halangan dan kepayahan untuk menjadi seorang ‘lelaki’.
Setelah membuat kajian, didapati punca berlaku masalah ini dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu diri sendiri, keluarga atau masyarakat dan akhir sekali ialah Negara.

Diri sendiriPada peringkat ini, didapati bahawa seorang pengkid menghadapi masalah kekeliruan mengenai jantina mereka. Mereka menolak fitrah mereka sebagai wanita. Mereka berasa kewujudan mereka sebagai wanita adalah satu kesilapan yang besar dan mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka menganggap diri mereka adalah seorang lelaki walaupun berjantina wanita.
Dalam kekeliruan itu, mereka mula memakai pakaian lelaki demi menunjukkan ‘kelelakian’ mereka. Hal ini hanya akan berlaku jika dan hanya jika mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama. Golongan pengkid bertindak berdasarkan nafsu. Mereka mengutamakan kepuasan nafsu mereka berbanding tuntutan dan perintah agama. Sebagai contoh meereka sanggup membelakangkan agama dan menanggung kesakitan iaitu mengikat payu dara dengan ketat agar dapat mencari ‘teman wanita’. Mereka juga sanggup mencuri wang daripada keluarga untuk diberikan kepada ‘teman wanita’ sebagai lambang percintaan mereka. Mereka melakukan semua ini hanya untuk memuaskan nafsu mereka. Walaupun mereka mempunyai akal tetapi akal mereka dikawal oleh nafsu. Oleh itu, mereka sanggup melakukan sebarang perkara untuk memuaskan nafsu kerana akal mereka telah dikuasai nafsu.
Natijahnya, golongan manusia yang terkeliru dengan jantina, tidak mempunyai golongan manusia yang berkemungkinan menjadi pengkid.


Keluarga atau masyarakat
Dalam konteks keluarga pula, merupakan antara faktor penyumbang berlakunya gejala ini. Ini kerana terdapat keluarga yang berpendapatan rendah akan membelikan anak perempuannya baju kanak-kanak lelaki. Ini kerana baju kanak-kanak lelaki lebih murah berbanding baju perempuan. Apabila anak itu dididik seperti seorang lelaki sejak kecil lagi, inilah yang mengakibatkan  kekeliruan jantina kerana mereka telah selesa menjadi seorang ‘lelaki’ berbanding wanita. Mereka juga hilang sifat-sifat kewanitaan sejak kecil lagi.
Selain daripada itu, terdapat juga jenis keluarga yang mengharapkan anak mereka adalah lelaki. Mereka membeli permainan, pakaian dan segala barang keperluan untuk bayi lelaki. Apabila bayi yang lahir itu bayi perempuan, mereka tetap menggunakan barangan yang telah disediakan itu. Secara tidak langsung mereka telah mendidik anak perempuan mereka untuk menjadi seorang lelaki.
Masyarakat pula mengakibatkan masalah ini semakin sukar untuk dibendung. Manusia merupakan makhluk yang lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain untuk hidup dengan selesa. Ini bermakna manusia perlu hidup dalam komuniti tersendiri. Dalam hal ini, masalah pengkid ini hanya timbul apabila segolongan pengkid di dalam satu masyarakat. Ini kerana jika seorang pengkid keluar mencari pasangan untuk memuaskan nafsunya, tetapi tiada seorang yang sanggup melayannya, lama-kelamaan dia akan berasa bosan, terpencil, dan mungkin dia akan kembali kepada fitrah.
Tetapi jika terdapat walau seorang yang melayannya,maka dia akan menjadi lebih berani melakukan pelbagai perkara yang lain. Selain daripada itu, dia akan menjadi satu contoh yang tidak baik kepada pengkid lain yang selama ini hanya memendamkan perasaannya di dalam hati. Pengkid yang lain akan mula menunjukkan perasaan sebenar mereka kerana telah berjumpa dengan golongan yang sama dan mengetahui kepada siapa nafsu mereka boleh disalurkan.
Dengan itu, mereka memperoleh pengalaman keseronokan. Pengalaman yang menyenorokkan ini telah membuatkan akal mereka menjadi buta kepada perkara yang hak dan batil. Ditambah dengan sikap masyarakat yang mengamalkan ‘enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’, mereka akan terus hanyut dan hidup bergelumang dengan dosa selagi mereka tidak kembali kepada jalan yang betul. Mereka berasa aman kerana walaupun perbuatan mereka akan menarik perhatian orang ramai tetapi tidak pernah ditegur. Mereka bermaharajarela untuk melakukan apa-apa sahaja kerana masyarakat hanya mementingkan dirinya sahaja.

NegaraNegara juga menjadi punca yang menyumbang kepada masalah ini. Di Negara ini, bahan-bahan lucah amat mudah untuk didapati sehingga pelajar sekolah juga boleh membelinya dengan harga yang murah. Hal ini merupakan sebab utama kepada segala masalah sosial di Malaysia. Pengkid yang menonton filem lucah akan teransang dan secara tidak langsung terdesak mencari pasangan untuk melepaskan nafsu mereka.
Ditambah dengan internet, dunia tanpa sempadan menjadikan lebih mudah untuk mendapatkan bahan lucah. Ketidakmampuan kerajaan untuk menyekat laman web lucah daripada dilayari juga menjadi sebab kepada masalah sosial. Mereka hanya perlu menaip beberapa perkataan, kemudian dapat menonton filem-filem lucah.
Kesimpulannya, sekiranya mereka mempunyai pengetahuan agama yang mendalam, menerima asuhan keluarga dengan baik, tidak terkeliru dengan jantina, mempunyai jati diri yang kuat, tidak terpengaruh dengan rakan lain dan persekitaran serta sentiasa menggunakan akal untuk berfikir, maka masalah pengkid tidak akan berlaku di Negara ini. Selain itu, ibu bapa dan kerajaan perlu berusaha untuk membendung masalah sosial ini supaya remaja-remaja memilih jalan yang betul yang akan membawa masa depan yang cerah.

DISEDIAKAN OLEH: AU HUI YEE
NO. MATRIK : 206141

Rasuah


Definisi Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenaya atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang,hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
·         Meminta/Menerima Rasuah
·         Menawar/Memberi Rasuah
·         Membuat Tuntutan Palsu
·         Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosia kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.
kedudukan M’sia tentang rasuah dalam dunia

Punca Berlakunya Rasuah
Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik.Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.


Kesan-Kesan Rasuah
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.


Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :
Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JatidiriKeimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem PendidikanBenci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.
Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan HukumanSiasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

Memudahkan Urusan Menggunakan ICTProsedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.


DISEDIAKAN OLEH: MEGALA VISWANATHAN
NO.MATRIK: 205977

Vandalisme

 Pada era globalisasi ini, negara kita telah maju dengan pesat dalam setiap bidang. Walaupun negara kita maju tetapi berlaku juga perbuatan-perbuatan yang tidak sihat disebabkan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan  tidak sihat  yang dimaksudkan adalah vandalisme. Perbuatan vandalisme dapat didefinisikan sebagai suatu perbuatan melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan dan mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka begitu ringan, tetapi masyarakat awam yang terpaksa menanggung kerugian  besar atas perbuatan mereka yang hanya sekadar memenuhi nafsu hina mereka.

     Di samping itu, terdapat beberapa faktor berlakunya perbuatan vandalisme. Antaranya, perbuatan ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa dan keluarga. Sesetengah ibu bapa menjadi pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, terdapat sesetengah ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti limau,langsat dan rambutan ketika memandu. Mereka juga tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Seterusnya, sesetengah remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif akan melibatkan diri dalam perbuatan vandalisme. Hal  ini kerana, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa. Oleh sebab   terdapat pelbagai masalah dalam keluarga, ibu bapa tidak mempunyai masa untuk mengambil berat tentang kehidupan anak-anak mereka. Dengan ini, perhubungan di antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi renggang. Jadi, anak-anak  akan meluahkan perasaan mereka dengan membuat perbuatan vandalisme.

     Faktor lain yang mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini adalah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja pada zaman yang serba moden ini, biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan besar. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila mereka berkumpul dan pelbagai idea akan timbul termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya. Selain itu, faktor lain pula adalah pengaruh media massa yang  juga mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan pada masa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perbuatan  vandalisme boleh mempengaruhi remaja untuk melakukannya. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut perbuatan  dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya daripada ibu bapa.
     Oleh itu, bagi mengurangkan penularan gejala vandalisme, kerajaan boleh mengambil beberapa tindakan. Kerajaan boleh ketatkan lagi undang-undang yang sedia ada. Pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman denda terhadap mereka yang membuat perbuatan vandalisme.Tambahan pula, kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran untuk mengurangkan gejala negatif ini.

     Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan perbuatan vandalisme.Ibu bapa haruslah memberi tunjuk ajar kepada  anak-anak mereka tentang  kepentingan harta benda awam. Ibu bapa harus  menerangkan kepada anak-anak tentang  kepentingan menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung, anak-anak  akan mengikut nasihat mereka itu, maka sudah tentu masalah vandalisme dapat dikurangkan. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak bosan dan berasa keseorangan. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah kealam dewasa.
     Langkah seterusnya yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah vandalisme adalah melalui peranan pihak sekolah. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai  kepentingan harta benda awam. Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Pihak sekolah boleh menerangkan kepada pelajar tentang  tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk menjaga harta benda sekolah. Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran  tentang pentingnya sikap tanggungjawab.

     Seterusnya, peranan media massa juga sangat penting untuk membendung  masalah ini. Selain sebagai bahan hiburan dan sumber maklumat, media massa juga seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial terhadap  masyarakat. Media massa memainkan peranan  kuat dari segi menyemai  kesedaran dan menyampaikan  maklumat tentang vandalisme dalam apa jua  bentuk rancangan yang disiar dalam media massa. Media massa juga berperanan untuk  membantu pihak kerajaan seperti mengadakan kempen supaya masyarakat dapat memahami dan menghayati kempen dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat mencapai matlamatnya.
     Tidak ketinggalan juga, setiap anggota masyarakat  negara ini patut bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan vandalisme dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman kepada remaja betapa buruknya perbuatan vandalisme ini.
     Akhir kata, kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menjaga keamanan negara. Olet itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk membanteras perbuatan vandalisme ini.

DISEDIAKAN OLEH: PAVITRA
NO. MATRIK: 205971