Menurut kajian,kes buli menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya . Buli boleh dijelaskan dengan tingkah laku yang suka menyerang atau suka berkelahi sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa. Selain itu, buli juga bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan mereka supaya orang yang lemah mematuhi atau menghormati mereka. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.
Buli biasanya membabitkan dua pihak iaitu orang yang membuli dan orang yang menjadi mangsa buli. Kebanyakan pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas , bertubuh besar , tegap dan tinggi , melibatkan sekumpulan pelajar yang biasanya usia mereka adalah sebaya , manakala orang yang menjadi mangsa buli adalah pelajar-pelajar menengah rendah serta pelajar sekolah rendah yang bertubuh kecil , pelajar baru masuk ke sekolah tersebut , pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran pembuli.
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembulian di kalangan para pelajar khususnya golongan remaja ialah mereka ingin mendapatkan perhatian orang lain serta menunjukkan kekuatannya kepada orang lain dengan tujuan ingin mahu disanjung oleh rakan . Ada sesetengah pembuli menganggap perbuatan buli orang lain sebagai hobi dengan sekadar mahu berseronok untuk menghilangkan perasaan bosannya . Tambahan pula, adanya pembuli menjadikan mangsa sebagai alat menempiaskan perasaan benci , dendam , marah selain membalas dendam .
Selain itu , ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kepada anak mereka juga akan menyebabkan berlakunya kes buli . Contohnya , ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka . Justeru , ibu bapa kekurangan masa untuk menemani anak-anak mereka dan tidak mengambil berat tentang pendidikan agama . Lama-kelamaan ,ini akan mengakibatkan anak mereka melahirkan sikap gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan .
Langkah-langkah untuk mengatasi kes-kes buli dengan berkesan perlulah ada berkerjasama daripada beberapa pihak seperti ibu bapa , pihak sekolah , dan pihak kerajaan . Ibu bapa perlu meluangkan masa mereka untuk menemani anak mereka dan perlu mengetahui kegiatan aktiviti yang dilakukan oleh anaknya serta selalu berinteraksi dengan mereka supaya mereka tidak berasa kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa . Selain itu , ibu bapa perlu sentiasa mendidikan pengajaran agama kepada anak mereka dari semasa ke semasa supaya anak tidak akan melupakan ajaran agama dan latar belakang agama .
Seterusnya , pihak sekolah juga boleh mengadakan satu Kelab Pencegahan Jenayah untuk menggalakkan para pelajar sertai . Para pelajar boleh memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar boleh menyebarkan pengetahuannya dengan rakan-rakannya . Bagi pelajar yang tidak menyertai Kelab Pencegahan Jenayah, para guru boleh menyebarkan info kepada pelajar pada waktu pembelajaran . Selain itu, pihak sekolah juga hendak menegaskan peraturan-peraturan sekolah dan sekiranya berlaku kes buli , tindakan yang tegas perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambahan pula, pihak kerajaan boleh berkerjasama dengan pihak sekolah untuk menganjurkan ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli . Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.
Kesimpulannya , kes buli perlu ditangani dengan segera demi ketenteraman para pelajar dan menjaga imej institusi pendidikan . Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera , ia akan menjejaskan imej sekolah dan pelajar berasa ketakutan untuk pergi ke sekolah . Oleh itu , kerjasama antara pihak ibu bapa , pihak sekolah dan pihak kerajaan untuk mengatasi kes buli amat penting .
DISEDIAKAN OLEH : GAN POH YEN
NO MATRIK: 206671
No comments:
Post a Comment