Sunday, September 19, 2010

Penyalaggunaan Dadah

Pada abad ke-21 ini, seluruh dunia telah mengalami perubahan yang besar tanpa mengira dalam apa-apa jua bidang. Perubahan ini telah mendatangkan kesan-kesan kepada sosial. Penyalahangunaan dadah merupakan salah satu gejala sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat pada hari kini. Penyalahgunaan dadah atau lebih sesuai diterangkan pada masa kini ialah penyalahgunaan bahan-bahan seperti alkohol, tembakau, ganja dan sebagainya. Perkataan bahan lebih sesuai digunakan berbanding dadah kerana dadah lebih merujuk kepada bahan kimia pembuatan. Sebarang pengunaan bahan kimia yang tidak disahkan oleh pakar atau pihak tertentu boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dadah. Selain daripada itu, penyalahgunaan dadah juga ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak bermanfaat dan tidak diterima oleh masyarakat umum. Penyalahangunaan dadah dapat dikesan melalui ciri-ciri seperti pening kepala, keresahan, penurunan prestasi kerja, insomnia, gangguan emosi dan lain-lain lagi.

 contoh-contoh dadah
Dengan melalui saluran tertentu seperti surat khabar, mail elektronik, kita dapat menyedari bahawa isu ini kian dipandang serius oleh masyarakat dan sosial. Perkara ini secara tidak sengaja telah mendatangkan pelbagai masalah kepada negara terutamanya masalah sosial. Terdapat banyak punca yang mengakibatkan berlakunya penyalahgunaan dadah. Dipengaruhi oleh orang lain seperti kawan merupakan salah satu faktor daripadanya. Remaja terutamanya mudah terikut-ikut dengan kata atau arahan kawan-kawan tanpa menyedari kesan buruknya. Mereka yang masih naif,  ingin mengenali lebih banyak budaya baru dan sikap ingin memcuba menyebabkan mereka  tidak dapat membezakan antara gejala yang positif atau negatif. Selain daripada itu, kekurangan kasih sayang dan pengetahuan mahupun pendidikan juga akan menyebabkan seseorang menyalahgunakan dadah. Keluarga yang asyik bertengkar, berpecah-belah mudah menyebabkan remaja terjebak dengan dadah kerana kekurangan ambil berat daripada ahli keluarga. Mereka lebih mudah mempercayai individu lain yang sentiasa bersama daripada ibu bapa walaupun individu tersebut tidak mempunyai niat yang baik. Ibu bapa yang gagal memainkan peranan menyebabkan anak-anaknya kurang memiliki pengetahuan tentang dadah dan tahap kebahayaannya. Bagi mereka yang kurang kepercayaan terhadap agama mudah mengabaikan pegangan hidup dan melanggari pantang larang tertentu.


Penyalahgunaan dadah telah membawa impak-impak kepada sosial contohnya keselamatan dan keamanan masyarakat terjejas. Kes pencurian dan pembunuhan oleh penagih dadah semakin mencatat peningkatan. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk memperolehi sumber kewangan untuk membeli dadah apabila diserang ketagihan dadah tanpa mempedulikan kesan yang akan berlaku selepas ini. Ketenteraman negara akan dijejas dan secara tidak lansung juga akan mempengaruhikan reputasi sesebuah negara, seterusnya membawa masalah kepada sektor politik dan ekonomi. Selain itu, penyalahgunaan juga akan membawa kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Pengunaan dadah secara salah dan berpanjangan akan menyebabkan kerosakan organ dalaman tubuh badan. Perkongsian jarum suntikan juga akan merebakkan penyakit seperti HIV yang tidak mempunyai ubatan untuk memyemburi. Pengunaan dadah yang berlebihan akan membahayakan nyawa dan sekiranya serius akan menyebabkan kematian. Perkembangan dan pemikiran seseorang juga mudah terjejas sekiranya mengambil dadah tanpa berpengetahuan.
     mengadakan pameran tentang dadah di sekolah-sekolah

Dengan kewujudan impak-impak tersebut, pelbagai langkah harus diambil untuk mengatsinya. Salah satu daripada caranya ialah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan boleh menguatkuasakan lagi undang-undang yang sedia ada. Dendaan dalam bentuk kewangan dan penjara harus ditambah atapun dilanjutkan untuk mencapai keberkesanan pencegahan. Operasi terkejut harus sentiasa dijalankan untuk mengurangkan bilangan penagih dadah dan penjualan dadah secara haram. Kerajaan harus memainkan sepenuhnya peranan mereka untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan. Pihak swasta ataupun badan-badan amal juga boleh mengadakan kempen atau ceramah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah untuk menerangkan punca, kesan dan langkah pencegahan kepada masyarakat untuk meningkatkan waspada mereka. Selain itu, mereka juga boleh memberi penjagaan atau bantuan perubatan, kauselling kepada penagih dadah untuk mengubati ketagihan dadah mereka.



Kesimpulannya, penyalahgunaan dadah merupakan satu masalah yang serius bagi sesebuah negara. Pelbagai pihak harus bekerjasama dan berusaha memainkan peranan masing-masing untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan kesan dan berjaya. Selain itu, kejayaan ini juga penting dan akan membawa kelebihan dan keuntungan kepada negara mahupun masyarakat pada masa akan datang. 



DISEDIAKAN OLEH: LIM HAN WEI
NO.MATRIK: 206662

No comments:

Post a Comment