Analisis bilangan penyakit HIV
HIV merupakan singkatan dari Human Immunodeficiency Virus. Virus ini merupakan virus yang dapat menyebabkan AIDS. Jika anda terinteraksi HIV, anda akan dipanggil HIV positif. Ini bererti virus HIV telah masuk ke dalam aliran darah anda dan memusnahkan ketahanan badan anda dan seterusnya menyebabkan AIDS. Sampai saat ini, belum ada ubat yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS. Oleh itu, virus ini akan terus berada dalam tubuh anda. Ini menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.
HIV T-cells
Virus HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. HIV boleh merebak melalui beberapa situasi. Situasi pertama, virus itu akan merebak melalui hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijankiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut). Situasi kedua, penagih berkongsi jarum dan alat suntikan. Virus itu merebak melalui darah orang yang telah terkena HIV itu sekiranya perkongsian jarum bersama. Situasi ketiga, pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan virus HIV. Pesakit menerima pemindahan itu tanpa disedari. Situasi keempat, ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan bayi atau sewaktu menyusu.
Bagaimanakah HIV tidak dapat merebak? Sebenarnya virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan di luar badan manusia. Oleh itu, HIV tidak dapat dijangkiti melalui beberapa keadaan. Keadaan sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS tidak akan dijangkiti HIV. Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam juga tidak akan dijangkiti HIV . Seseorang pesakit HIV berkongsi perkakas atau makanan dengan orang lain tidak dapat dijangkiti juga. Sama juga dengan keadaan bersin, batuk, berpeluh dan kencing. Akhir sekali, gigitan nyamuk tidak akan merebakkan virus HIV daripada pesakit HIV.
Tanda-tanda jangkitan HIV bagi sebilangan pesakit dapat dilihat dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV ialah deman, sakit tekak dan batuk, sakit otot, sakit kepala, cirit-birit, letih, sakit sendi dan turun berat badan. Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda HIV tetapi ia masih boleh merebak dan dijangkiti orang lain dalam situasi tertentu.
Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun. Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut: penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan ,cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering , jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis) , jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan) , kanser (contohnya Kaposi's sarcoma)
Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat
badan dan lemah.
Terdapat cara-cara untuk menguji sama ada dijangkiti HIV/AIDS, antaranya ialah: Pengujian dapat dilakukan dengan mengunakan sampel darah, air liur atau air kencing. Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 10 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan. ,Pengujian CD4 adalah mengukur jumlah dari CD4 atau sel T–helper didalam darah.
Kekuatan dari sistem kekebalan anda adalah merupakan suatu prediksi yang baik
tentang bagaimana anda akan memerangi infeksi. ,Pengujian viral load adalah mengukur jumlah dari HIV didalam darah dalam setiap ml darah. Semakin tinggi viral load maka semakin cepat pula perkembangannya ke AIDS.
Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS? Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.
Kebanyakkan pesakit HIV tidak memerlukan rawatan di peringkat awal tetapi rawatan penyakit masih boleh diberikan kepada pesakit yang menunjukkan tanda-tanda AIDS, bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml, bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml, dan sebagainya. Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk: ,pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection) ,nasihat mengenai pemakanan berkhasiat ,rawatan penyakit kelamin , kaunseling ( perubatan dan psikologi)
Pencegahan dalam individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV. Pencegahan dapat dibuat sekiranya pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah: jauhi diri,jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks , setia kepada pasangan anda , amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom , gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang , jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan , pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.
Kesimpulannya, kita harus bekerjasama mencegah penyakit HIV/AIDS supaya masyarakat terkini dapat hidup dengan sihat dan aman. Generasi yang akan datang merupakan harapan pemimpin Negara yang berwawasan dan berdaya maju. Oleh itu,kita harus sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kesedaran terhadap penyakit ini supaya tidak mudah dijankiti. Nyawa kita tidak dapat diganti atau dibeli. Jadi, hargailah nyawa kita pada setiap saat kita hidup dalam dunia ini.
DISEDIAKAN OLEH: WONG JEAN YEE
NO. MATRIK: 206652
No comments:
Post a Comment